Cantik vs Ugly



Hidup ini penuh dengan corak dan ragam manusia...ada yang baik..ada yang kurang baik...ada yang cantik..ada yang biasa-biasa je... bila sebut pasal cantik ni semua orang nak jadi cantik.. sape yang nak wajah hodoh kan...hurmmm... tapi kita kena ingat setiap yang diciptakan oleh Allah adalah sangat cantik..Cuma kadang-kadang manusia yang salah menilai... walaupun seseorang itu xda rupa paras janganlah terus menghukumnya sebagai orang yang hodoh. Pada mata Allah, bukan rupa paras yang jadi ukuran..tp amalan seseorang itu yang membezakan seseorang itu.. perkara ini berlaku di depan mata saya sendiri.. jangan kita sangka orang yang tiada rupa itu tiada perasaan... mereka juga tidak meminta diperlakukan sebegitu... kecantikan itu hanya sementara...kecantikan itu adalah ujian buat kamu. Allah ingin melihat kamu menghargai kecantikan kamu ataupun kamu angkuh dengan kecantikan yang diberikan... Allah itu Maha Adil. Tiada manusia yang sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan.. Kita sebagai manusia perlu bersyukur dengan setiap pemberianNya dan bukannya angkuh dengan pemberianNya... semoga kita dapat memperbaiki diri kita menjadi lebih baik..InsyaAllah... >_<

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kegagalan Pembangkit Semangat Terus Berjaya



  • Kegagalan bukan bererti kita akan terus gagal dalam hidup
  • Kegagalan adalah pembangkit semangat untuk terus berjaya
  • Orang yang berjaya ialah orang berani berhadapan dengan kegagalan dan terus bangkit mencari kejayaan.
  • Oleh itu, sekiranya hari ini kita diuji dengan kegagalan...sama-sama lah kita berusaha terus bangkit dari kegagalan dan mencari kejayaan.
  • Petua untuk berjaya :
    • D - Doa kepada Allah agar dipermudahkan dalam mencapai kejayaan.
    • U - Usaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan.
    • I  - Ikhlas menerima ujian dan rintangan dalam mencapai kejayaan
    • T - Tawakal kapada Allah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TUJUH KALIMAT RASULULLAH SAW

"barangsiapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut."

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu..

3. Mengucap Astaghfirullah jika lidah tersilap perkataan yg tidak patut..

4. Mengucap InsyaAllah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok..

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini..

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah..

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
[tafsir Hanafi]




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS