Cantik vs Ugly



Hidup ini penuh dengan corak dan ragam manusia...ada yang baik..ada yang kurang baik...ada yang cantik..ada yang biasa-biasa je... bila sebut pasal cantik ni semua orang nak jadi cantik.. sape yang nak wajah hodoh kan...hurmmm... tapi kita kena ingat setiap yang diciptakan oleh Allah adalah sangat cantik..Cuma kadang-kadang manusia yang salah menilai... walaupun seseorang itu xda rupa paras janganlah terus menghukumnya sebagai orang yang hodoh. Pada mata Allah, bukan rupa paras yang jadi ukuran..tp amalan seseorang itu yang membezakan seseorang itu.. perkara ini berlaku di depan mata saya sendiri.. jangan kita sangka orang yang tiada rupa itu tiada perasaan... mereka juga tidak meminta diperlakukan sebegitu... kecantikan itu hanya sementara...kecantikan itu adalah ujian buat kamu. Allah ingin melihat kamu menghargai kecantikan kamu ataupun kamu angkuh dengan kecantikan yang diberikan... Allah itu Maha Adil. Tiada manusia yang sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan.. Kita sebagai manusia perlu bersyukur dengan setiap pemberianNya dan bukannya angkuh dengan pemberianNya... semoga kita dapat memperbaiki diri kita menjadi lebih baik..InsyaAllah... >_<

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kegagalan Pembangkit Semangat Terus Berjaya



  • Kegagalan bukan bererti kita akan terus gagal dalam hidup
  • Kegagalan adalah pembangkit semangat untuk terus berjaya
  • Orang yang berjaya ialah orang berani berhadapan dengan kegagalan dan terus bangkit mencari kejayaan.
  • Oleh itu, sekiranya hari ini kita diuji dengan kegagalan...sama-sama lah kita berusaha terus bangkit dari kegagalan dan mencari kejayaan.
  • Petua untuk berjaya :
    • D - Doa kepada Allah agar dipermudahkan dalam mencapai kejayaan.
    • U - Usaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan.
    • I  - Ikhlas menerima ujian dan rintangan dalam mencapai kejayaan
    • T - Tawakal kapada Allah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TUJUH KALIMAT RASULULLAH SAW

"barangsiapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut."

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu..

3. Mengucap Astaghfirullah jika lidah tersilap perkataan yg tidak patut..

4. Mengucap InsyaAllah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok..

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini..

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah..

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
[tafsir Hanafi]




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Allah Itu Lebih Mengetahui Apa Yang Terbaik Untuk Hambanya....



Orang-orang yang sabar dalam menerima musibah telah dijanjikan Allah SWT akan mendapat pahala yanng besar. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, " Dan sesungguhnya Kami pasti mencuba kamu dengan rasa takut, lapar, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan gembirakanlah orang-orang yang sabar, yakni orang yang jika mengalami musibah, mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya. Mereka itulah orang-orang yang beroleh keberkatan dan rahmat Tuhan dan diberi petunjuk." (Al-Baqarah: 155-157)


datangnya ujian untuk adalah untuk mengingatkan kita betapa sayangnya Allah pada kita...nak tahu kenapa???sebab dia menyedarkan kita bahawa kita telah leka dengan nikmat yang telah diberikan... oleh itu, bersyukurlah bila diberikan ujian... luangkan sedikit masa bertahajud padaNya... pasti ketenangan itu akan hadir dalam hati kita...Allah Maha Penyayang...ujian yang diberikan adalah untuk mendekatkan hati kita dengan Nya...jangan lah berduka bila kita rasa payah dalam hidup ini..tapi teguhkan hati..teruskan tanamkan iman kepada Dia yang satu...InsyaAllah...bahagia itu milikmu... ^__^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dikala Hati INI BerDuKa

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari Sejenak KIta Renungkan Bersama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senyuman Itu Indah Tapi Tak Mudah Kan


payahnya nak senyum..Lagi-lagi time marah..Senyuman merupakan sebuah terapi yang menyejukkan diri sendiri dan orang lain. Senyuman yang penuh dengan ketenangan akan mampu meredakan kemarahan seseorang. So seeloknya kita membiasakan diri untuk bersikap tenang dan murah dengan senyum dalam pergaulan. SENYUM SOKMO!!!!

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS